CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, May 12, 2008

Gibing Lintah Agro

(JR-0001207-P)

Gibing Lintah Agro adalah merupakan sebuah syarikat Bumiputera milikan tunggal sepenuhnya dengan menggunakan modal sendiri sebanyak RM 10,000.00 sebagai permulaan oleh pemilik syarikat iaitu En. Baharuddin bin Laham @ Mahbat.

Gibing Lintah Agro adalah merupakan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan berasaskan ternakan akuakultur iaitu penternakan lintah. Antara fungsi Gibing Lintah Agro adalah menternak, menjual serta membeli benih lintah serta lintah induk bagi tujuan pasaran tempatan dan antarabangsa. Benih lintah serta lintah induk ini juga dijual kepada penternak-penternak kecil atau bakal-bakal usahawan yang ingin berkecimpung dalam dunia penternakan lintah ini.


Penternakan ini pula buat masa ini dijalankan di Jalan Junid Muar dan akan berpindah ke satu lot tanah seluas 1.5 ekar untuk dijadikan sebagai Ladang Ternakan Lintah, Gibing Lintah Agro yang bertempat di Jalan Abdul Rahman selewat-lewatnya akhir Oktober ini memandangkan kerja-kerja pembersihan, menaiktaraf serta penyelenggaraan ladang sedang dijalankan.


Projek ternakan lintah ini diuruskan sepenuhnya oleh En. Baharuddin merangkap Pengurus Projek dengan bantuan seorang pekerja bagi menguruskan hal-hal berkaitan ternakan dan sebagainya. Manakala, bahagian pengurusan serta jualan, ia diuruskan sepenuhnya oleh Puan Leyya iaitu isteri kepada pemilik syarikat yang bertindak sebagai Pengarah Urusan. Dan mengikut jangkaan, jumlah pekerja akan bertambah apabila tapak ternakan ini dipindahkan ke ladang di Jalan Abdul Rahman memandangkan jumlah kolam yang akan bertambah.

Bagi mendapatkan maklumat berkenaan dengan ternakan lintah serta cara memulakan penternakan dengan kos yang paling minima, sila hubungi;

Pn Nora @ Leyya - 012-2280682
En. Bahar - 012-2253841


Email : gibinglintahagro@yahoo.com
Web : http://g-bing.blogspot.com

0 comments: