CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, May 14, 2008

CORETAN DARI PENGARAH URUSAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertamanya saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana para pelawat khusunya penternak-penternak lintah sudi untuk melawat blog kami iaitu blog Gibing Lintah Agro.Gibing Lintah Agro merupakah sebuah syarikat perniagaan yang berasaskan penternakan lintah, menjual serta membeli benih lintah serta lintah induk. Dalam usaha menaikan martabat bangsa serta penternak-penternak lintah, Gibing Lintah Agro dengan ini berusaha demi mencapai segala hasrat tersebut.

Gibing Lintah Agro merupakan sebuah syarikat perniagaan yang baru ditubuhkan. Dan masih terlalu banyak yang perlu kami pelajari dari pelawat-pelawat khususnya dari penternak-penternak yang sudi berkongsi maklumat bersama kami. Atas dasar ingin membantu bangsa sendiri, Gibing Lintah Agro akan berusaha untuk mendapatkan pasaran yang lebih luas, bukan sahaja bagi pasaran tempatan malah pasaran antarabangsa. Dan itulah hasrat serta matlamat kami yang sebenar. Dan saya, selaku pengarah urusan Gibing Lintah agro juga akan berusaha keras, untuk mencari pasaran yang lebih luas, agar dapat dikongsi bersama yang lain.


Selain itu, Gibing Lintah Agro juga mempunyai beberapa perancangan agar penternak-penternak lintah dapat mengembangkan perniagaan serta ternakan masing-masing dengan mengasaskan produk-produk yang berasaskan lintah. Walau bagaimanapun, ia masih dalam perancangan memandangkan kami masih terlalu muda dan langkah perlu diatur dengan teliti agar tidak kecundang akhirnya.

Harapan saya, agar adalah antara pelawat-pelawat serta penternak-penternak yang sudi memberi komen serta pandangan dan apa juga maklumat yang ingin dikongsikan bersama kami.

Akhir kata, buat pelawat-pelawat blog ini, khususnya penternak-penternak kecil dan bakal-bakal usahawan lintah, kekalkan lah semangat anda dalam menjalankan perniagaan masing-masing. Ketelusan, amanah dan jujur jangan dilupa dan percayalah, setiap apa yang kita lakukan, sekiranya kita mempunyai niat yang betul, insyallah..sesungguhnya allah akan memberikan jalan yang mudah bagi kita. Semoga kita sama-sama berjaya dalam bidang yang diceburi.


Salam ikhlas,

Pengarah Urusan,
Gibing Lintah Agro

0 comments: