...Up dated 14 mei 2008...
Gibing Lintah Agro telah ditawarkan untuk membekalkan Lintah bagi pasaran antarabangsa. Untuk dieksport ke China dan Hong Kong. Walau bagaimanapun, perkara ini masih lagi di dalam perbincangan antara pihak Gibing Lintah Agro dan syarikat berkenaan. Diharapkan pelawat-pelawat blog ini dapat mendoakan agar Gibing Lintah Agro berjaya mendapat projek ini dalam usaha membantu penternak-penternak kecil dan sederhana memasarkan ternakan mereka sekaligus meluaskan pasaran lintah ke peringkat antarabangsa.
Dalam pada itu, Gibing Lintah Agro juga mencari penternak-perternak kecil dan sederhana yang sudi untuk bekerjasama bersama Gibing Lintah Agro kerana kami yakin bahawa kejayaan tidak akan dapat dicapai dengan sendirinya tanpa sokongan dan bantuan dari lain. Oleh yang demikian, pihak kami mengalu-alukan kerjasama dari penternak-penternak kecil dan sederhana dalam usaha membangunkan martabat melayu khususnya dan penternak-penternak lintah umumnya.
Berita gembira akan kami kongsikan bersama anda sekiranya Gibing Lintah Agro berjaya dan bersetuju dengan tawaran yang diberikan. Perlukan maklumat lanjut, sila hubungi Gibing Lintah Agro.
Gibing Lintah Agro
Wednesday, May 14, 2008
NEWS
Posted by ~Gibing Lintah Agro~ at 12:23 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment