CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, May 16, 2008

NEWS

...Updated 16 mei 2008...

Alhamdulillah.. kami mendapat feedback yang baik dari penternak-penternak di luar sana. Panggilan demi panggilan yang kami terima, ada yang memberi semangat dan ada juga yang cuba mengondem usaha kami ini. Lumrah manusia, ada yang menyokong dan ada juga yang sebaliknya.

Ada beberapa panggilan yang saya telah terima dari penternak kecil, meminta agar, pertubuhan penternak-penternak kecil dan sederhana dapat ditubuhkan bagi membantu penternak-penternak kecil dan sederhana memasarkan lintah-lintah mereka di pasaran yang lebih luas. Penternak-penternak kecil dan sederhana yang berminat, boleh bergabung di bawah satu pertubuhan dan dengan itu, target pasaran akan dicari bagi membantu mereka. Hasil-hasil ternakan mereka akan dikumpulkan oleh pertubuhan dan akan dipasarkan ke pasaran yang lebih besar dan luas. Oleh yang demikian, saya amat berharap agar pelawat-pelawat khususnya penternak-penternak memberi respon kepada undian kami ini dalam usaha memasarkan ternakan mereka.


Gibing Lintah Agro

2 comments:

Unknown said...

Saya amat bersetuju ttg wawasan Gibing Lintah agro utk mengujudkan pertubuhan bagi penternak lintah. Kebaikannya yang dapat saya rasakan adalah
1. bertukar pendapat bagaimana memajukan lagi industri ternakan lintah
2.mungkin dimasa hadapan boleh mengujudkan konsortium bagi mengumpul dan mengedar/ekspot hasil ternakan ahli ke pasaran antarabangsa
3.mewujukkan satu industri ( IKS ) utk menghasilkan produk dari ekstrak lintah atas nama pertubuhan.
4. dapat mengawal dan menetapkan harga lintah pada tahad maksima agar memberi keuntungan pada penternak. Difahamkan pada waktu ini ada syarikat2 memberi lintah dari penternak dgn harga murah tetapi menjual dipasaran terbuka/ekspot pada harga yang berkali-kali ganda.
5. mencari pasaran baru utk hasil ternakan atau produk lintah.

TK

~Gibing Lintah Agro~ said...

anak> terima kasih atas pandangan anda...boleh tinggalkan nama & alamat email anda senang untuk kami hubungi..

terima kasih skali lagi